Search This Blog

PENDAPAT AL ALLAMAH IBNU QAYIEM

Tiap tiap penyakit ada ubatnya melainkan apabila sampai ajal tidak ada serapah jampi dan tangkal azimat yang berguna,walaupun begitu saya dapati didalam AL-FATIHA ada banyak kesan yang sungguh menghairankan.Semasa saya tinggal di MEKAH, saya telah mendapat penyakit,tidak ada doktor yang mampu mengubatinya,Dari sini lah mula saya mengubati diri saya dengan AL-FATIHA.Bukan sahaja saya mengamalkan sendiri,tetapi saya ajarkan kepada beberapa orang kawan dan sahabat sahabat yang menghidap bermacam macam penyakit berubat dengan AL-FATIHA,maka mereka pun sembuh seberapa segera dengan izin ALLAH.Pada pendapat saya,ianya berkesan dan tidak satu satu amalan dari ayat AL-QUR'AN itu yang merugikan,ianya terpulanglah kepada semangat orang yang mengamalkan, jika penuh kepercayaan terhadap satu satu ayat,bertauhid dan berserah diri kepada tuhan,memang ayat itu akan memberi kesan dengan izin ALLAH.

No comments:

Post a Comment