Jika di tulis ayat BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM dan ALHAMDULILLAH(dalam tulisan jawi) dan diikatkan pada lengan kanan,Insya Allah tida terbunuh orang akan dia.Dan jika sekiranya sakit gigi tuliskan ayat ini pada sekeping kertas,lalu direndam ke dalam minyak yang baru dan disapukan pada gigi.Insya Allah afiat.
Search This Blog
FATIHAH MENJADI PENAWAR
Jika di sengat binatang bisa,lipan,kala atau ikan ikan yang bersengat,hendak lah diambil segelas air taruhkan sebutir garam jantan (garam kasar) dalam air itu dan dibacakan Fatihah sekali.Kemudian diberi minum,Insya Allah hilang bisanya.
MINYAK FATIHAH
Jika dibacakan 70 kali Fatihah ke dalam minyak,(apa saja jenis minyak itu)dan disimpan untuk persediaan bagi sakit sakit angin atau angin akhmar dan bagi menyegarkan tenaga tulang urat.Juga bagi penyakit belakang dan pinggang.Insya Allah afiat apabila di gosokkan.
FATIHAH PENGUBAT TELINGA
Jika mengidap penyakit telinga baru atau lama hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu bijana,kemudian hapuskan tulisan itu dengan minyak mawar atau minyak kelapa dan titikkan ke dalam telinga.Insya Allah sembuh akan ia..
FATIHAH JIKA BERASA BERDEBAR DEBAR
Jika seseorang mengidap penyakit dada atau selalu hati dan dadanya berdebar debar,seakan akan ada satu satu kejadian atau kecemasan.Hendaklah ia tuliskan Fatihah didalam satu bijana (pinggan atau mangkuk yang besar)kemudian dihapuskan tulisan itu dengan air yang bersih lalu diberi minum atau sendiri yang minum.Insya Allah akan tetap hatinya dan baik dadanya.
FATIHAH JIKA BERASA DAHAGA
Siapa berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat,maka takut ia dahaga atau lapar.Hendak lah ia membaca Fatihah sekali di tapak tangannya,kemudian ditiupkan tangannya itu dan disapukan ke muka dan perutnya.Insya Allah tadak berasa lapar dan dahaga pada hari itu.
FATIHAH PERMUDAHKAN KERJA
Siapa hendak membuat suatu perkerjaan dan hendak selesai perkerjaan itu dengan baik,bacalah Fatihah di tengah tengah malam sebanyak 41 kali.Insya Allah dimudahkan pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaannya dengan izin Allah semuanya beres.
Subscribe to:
Posts (Atom)